Wednesday, August 3, 2011

Kisah Kerjaya

Dah lama tak menulis di blog..tak sempat nak update...apa yg terjadi sepanjang ila menyepikan diri...taun lepas tamat la kontrak saya sebagai GSTT..memang terasa gak..sebab jadi penganggur terhormat..tapi alhamdulillah segalanya dapat ditempuhi jua...

BAB KAHWIN...BAB PUASA

Memang tak disangkakan...Jodoh pertemuan dah ditentukan Allah S.W.T...Pada 03.02.2011 tepat jam 6.00 ptg ila telah selamat menjadi Isteri kepada Khairul Rasyid (Sydd). Ari ni dah masuk 6 bln bergelar seorang isteri...tahun ini adalah tahun pertama ila berpuasa sebagai seorang isteri...memang berbeza...sebelum ni bgn ja tido..mama dah sediakan sahur..tapi skrng ni...ila lak yg bgn tuk sediakan sahur tuk suami..walaupun rasa agak ketara perubahan tu..tapi rasa bahagia sgt bila tgk suami makan...hehehe... bila time berbuka lagi la..hehehe....cam2 karenah sementara nak berbuka puasa...

BAB PERSEDIAAN RAYA

Tahun ni tahun pertama raya sebagai seorang isteri...rasa x sabar lak nak menyambut raya bersama....berpakaian sedondon...hehehe....

BAB GSTT

Alhamdulillah...pada 24 julai 2011..ila dilantik semua menjadi GSTT CFS...skrng ila berkhidmat di SMK Khir Johari...Ila senang ngan keja sebagai pendidik...mungkin dah sebati...Ila arap ila diberi peluang tuk jadi pendidik yg bertauliah....Doakan la bersama yer....

GAMBAR KAHWIN...

nanti ila masukkan dlm blog yer.....ok la...jumpa lagi di lain masa...sayang semua....

Monday, November 8, 2010

Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Pertunangan Ku Pada 17 September 2010, Jumaat






Berbagai-bagai rintangan di lalui dlm perhubungan kami...akhirnya terikat la kami ngan tali pertunangan pada 17 September 2010. Semoga perhubungan kami berkekalan selamanya...

Sunday, April 4, 2010

perkara lalu

Lama tak tulis kat blog ni...bz ngan aktiviti ngan kejer kat sekolah...cam2 kena selesaikan...sebelum ni bola...Bola SMKPT berjaya tunjukan prestasi yg baik..mungkin nasib tidak menyebelahi...baru2 ni olahraga peringkat daerah...palajar sekolah yg terlibat menunjukan prestasi yg baik...walaupun hanya 3 perak...walau aper pun..tahniah tuk semua atlit sekolah dan pasukan bola sepak SMKPT...

27 dan 28 hb 3 ari tu ader exam tuk kejer...27 tuk KPLI, 28 tuk kejer uitm sebgai pegawai penyelidik...hope sy dpt salah satu dari jawatan tu...sy perlukan kejer tetap...tuk masa depan...

Tuesday, October 20, 2009

convocation.....






hmmm...tanggal 19.10.2009 iela terima ijazah di majlis convocation ke 71 sidang 6 (ptg) di Dewan Seri Budiman.agak letih gak..tapi gembira sebab hasil penat lelah 3 taun ambik degree akhir nya grad juga..hehehe..lepas majlis bergambar ngan semua memember..tah la bila lagi jumpa diorg ni...masing dah bawa haluan sendiri..terus blk ke kedah..sampai sp tepat kul 12 tgh mlm...pagi tu dah kena ke sekolah ..kerja dah... mood yg agak x elok..may be letih kot...my student kena marah teruk ari ni..sory yer.heheheehe

Friday, September 4, 2009

Selepas lama menyepi

Dah lama x tulis dlm blog ni..agak bz sejak kebelakangan ini...cam2 perkara berlaku kebelakangan ini..kejer pun makin ok cuma x tahan ngan kelas 2T...kelas tu yang paling nakal..pening pun ader

Wednesday, July 29, 2009

Street Fighter + the help of blackboard

Multiple-punch!!! HAiyaaa!!!!



Kamehamehaaaaa!!!!



It's KO!!! Bye2 head...